Rabu, 30 September 2015

Kenduri Sempena Hari Raya Korban Anjuran Pejabat Tanah Pendang pada 22 September 2015















Rabu, 16 September 2015

Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 58 Peringkat Daerah Pendang.



Pada 06 September yang lalu telah diadakan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-58  Peringkat Daerah Pendang. Perarakan ini bertempat di Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Ia turut disertai oleh 40 kontinjen dari daerah pendang yang diwakili oleh Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang, Wakil dari Tabika Kemas, Pejabat Pendidikan Daerah, KEDA, Jabatan Penerangan, Wakil dari Komuniti, Wanita Umno Pendang dan banyak lagi. 


Setiap penyertaan dalam Perarakan Hari Kemerdekaan ini telah diberikan sijil penyertaan.












Program "iLead Exploration" Anjuran Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Utara.



Pada 23 Ogos 2015 yang lalu telah diadakan program explorace yang berkonsepkan experiental and adventure learning di mana ketahanan mental dan fizikal peserta diuji sepenuhnya di samping memupuk semangat kerja berpasukan , patriotisme , budaya hidup sihat dan mempromosikan "Discover Kedah 2016". Aktiviti ini telah disertai oleh beberapa daerah termasuklah Intan Wilayah Utara, Gunung Jerai, Tanjung Dawai, Baling, Gunung Keriang, Gunung Jerai, Semeling, Lembah Bujang, Pantai Merdeka, Alor Setar, dan Pokok Sena.


Program ini terhad kepada 40 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta serta mempunyai 1 kereta sendiri untuk menjalankan aktiviti yang diadakan.


Dalam program ini pasukan dari Pejabat Tanah Pendang telah memenangi tempat ke 2 dan telah menerima hamper serta wang tunai sebanyak RM 700.