Ahad, 6 Disember 2015

       Program Mentor, Pejabat Setiausaha Negara adalah pada tahun ketiga pelaksanaannya, yang bermula pada tahun 2013 yang melibatkan 16 pasangan mentor / mentee diikuti oleh 2014 sebanyak 20 pasang mentor / mentee dan pada tahun 2015 diperluaskan untuk pentadbiran dan jabatan-jabatan lain mendarat dan agensi-agensi menyatakan suatu tanda yang menggalakkan, seramai 27 pasangan. Pada tahun 2015, sekali lagi Bahagian Latihan, Bahagian Sumber Manusia memanggil untuk menganjurkan, Program Mentor untuk tempoh 6 bulan bermula pada 1 Februari hingga 30 Julai 2015.







Selasa, 24 November 2015


Penilaian Prestasi Penarafan Bintang 2015 Pejabat Tanah Pendang (Star Rating) 



Pada 26-27 Oktober lalu, seramai orang penilai dari pelbagai jabatan dan agensi telah hadir ke Pejabat Tanah Pendang bagi penilaian akhir Prestasi Penarafan Bintang tahun 2015. Secara keseluruhannya , Pejabat Tanah Pendang telah memperoleh keputusan 3 Bintang.


















Isnin, 16 November 2015

                               
                Majlis Gotong-Royong Dan Membuat Bubur Asyura                                                         2015


Pada 5 Nov 2015 lalu,  Pejabat Tanah Pendang telah mengadakan Majlis Gotong-Royong dan mengacau bubur asyura. Semua kakitangan telah terlibat untuk menjayakan majlis ini. Program sebegini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan Pejabat Tanah Pendang. Pada sebelah petang bubur asyura diagihkan kepada semua kakitangan yang terlibat .
















Rabu, 30 September 2015

Kenduri Sempena Hari Raya Korban Anjuran Pejabat Tanah Pendang pada 22 September 2015















Rabu, 16 September 2015

Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 58 Peringkat Daerah Pendang.



Pada 06 September yang lalu telah diadakan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-58  Peringkat Daerah Pendang. Perarakan ini bertempat di Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Ia turut disertai oleh 40 kontinjen dari daerah pendang yang diwakili oleh Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang, Wakil dari Tabika Kemas, Pejabat Pendidikan Daerah, KEDA, Jabatan Penerangan, Wakil dari Komuniti, Wanita Umno Pendang dan banyak lagi. 


Setiap penyertaan dalam Perarakan Hari Kemerdekaan ini telah diberikan sijil penyertaan.












Program "iLead Exploration" Anjuran Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Utara.



Pada 23 Ogos 2015 yang lalu telah diadakan program explorace yang berkonsepkan experiental and adventure learning di mana ketahanan mental dan fizikal peserta diuji sepenuhnya di samping memupuk semangat kerja berpasukan , patriotisme , budaya hidup sihat dan mempromosikan "Discover Kedah 2016". Aktiviti ini telah disertai oleh beberapa daerah termasuklah Intan Wilayah Utara, Gunung Jerai, Tanjung Dawai, Baling, Gunung Keriang, Gunung Jerai, Semeling, Lembah Bujang, Pantai Merdeka, Alor Setar, dan Pokok Sena.


Program ini terhad kepada 40 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta serta mempunyai 1 kereta sendiri untuk menjalankan aktiviti yang diadakan.


Dalam program ini pasukan dari Pejabat Tanah Pendang telah memenangi tempat ke 2 dan telah menerima hamper serta wang tunai sebanyak RM 700.






Selasa, 11 Ogos 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA TIGA JABATAN

Assalamualaikum..
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama tiga jabatan iaitu Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang telah pada 28 Julai 2015 bertempat di perkarangan hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Pendang. Majlis ini turut menjemput orang awam bagi memeriahkan lagi majlis.